August 11, 2017

2017, disini segalanya bermula.

Assalamualaikum semua. rindu teramat lah rindu untuk menulis semula. banyak betul dugaan dan cabaran yang ditempuh sepanjang perjalanan selepas habis sekolah.

selang dua minggu spm, aku sudah mula mengorak langkah untuk berdikari, mencari kerja part time kata orang. lepas tu dapat lah kerja dekat Jusco pusat beli belah dekat dekat dengan rumah ni ha. banyak pengalaman yang aku dapat. ye, terlalu banyak. kesabaran, macam mana orang kerja nak cari duit. susah payah terkangkang-kangkang beb. kawan kawan. lain bangsa, lain warna kulit. banyak betul perbezaan dekat part ni. ada yang terlampau rajin, ada juga yang terlampau malas. banyak betul ragam manusia aku belajar masa aku kerja kat satu butik baju tu ha. nak dijadikan manis manis kehidupan, gaji dia bagi RM1400! basic sahaja. kau tak rasa masa tu kau kaya ke? lepasan spm kut. hahaha okay okay sambung balik. aku ni jadi lah promoter pada awalnya, tapi nampak macam aku cepat pick up sikit, owner butik offer lah jadi cashier. tapi biasalah, dah bergaul dengan bangsa lain, kau rasa bebas. kau nak ikut macam dia orang, sama sama lepak. tipulah ibu kat rumah tak bebel.

 ''jaga akhlak kakak, lepas sekolah, ibu risau''

tu lah yang selalu ibu cakap. Allah, lepas je dua bulan aku kerja part time tunggu results Spm keluar, aku ditampar dengan seberat berat ujian daripada Allah. aku ingat lagi sebelum ibu yang aku paling sayang, yang aku paling cinta ini pergi menghadap Ilahi, dia tak banyak cakap. tak banyak berbual dengan kami adik beradik. aku pula terlampau sibuk dengan kerja, konon nak dapat duit lebih masa tu, nak shopping banyak. Astagfirullah. ibu pergi dipagi hari 5 mac 2017, sewaktu aku masih lena dibuai mimpi, along dengan suara cemas mengejutkan aku.

''syahirah, bangun! along tak tahu lah ibu kenapa ni...''

aku bergegas keluar, tengok ibu yang berbaring dia atas sofa ruang tamu, dipangkuan ayah. Allah, ibu nampak nazak. ibu nampak macam tengah bertarung untuk sesuatu. sumpah demi Allah takda apa yang terkeluar dari mulut insan yang bernama Azreen Syahirah ini. aku tak pasti apa yang telah dan apa yang akan jadi. aku tak boleh fikir, aku terlampau terkejut apa terjadi di depan mata. ayah membisik kalimah syahadah di telinga ibu. tak lama tu, bu terus diam dan kejap. tak suara dan pergerakan. 

''siap siap lah kak. ibu dah takda ni''

ibu yang selama ini tempat aku mengadu, ibu yang selama ibu tempat aku bermanja, ibu yang selama ini sebagai tulang belakang untuk meniti tangga kejayaan, ibu.. 
susah tapi ini lah realiti. realiti yang cukup susah untuk aku hadam dan cernakan dalam otak. ibu tak pernah merungut apa yang dia buat untuk anak anak, ibu tak penat mengeluh penat, ibu tak pernah berhenti mendoakan anak anak, ibu yang sentiasa menerima baik buruk anak. itu lah ibu yang satu,

 Halilah binti Hassan.
Al-Fatihah.

syukur ke hadrat Ilahi kerana aku sempat dibesarkan 17 tahun 11 bulan oleh ibu ini, cukup sempurna, cukup zat.

masih susah aku nak terima kenyataan pemergiaan ibu tersayang ini. sedaya upaya aku cekal kan hati untuk meneruskan hidup di sisi ayah. dengan rasa ketakutan setiap pagi bangun, takut hilang ayah pula. kepada yang masih ada mereka berdua ini, tolong lah cintai dan kasihi lah mereka. Allahu. 

kini, aku kuat dan akan terus kuat untuk meneruskan apa yang ingin dikecapi dibantu oleh orang orang yang menyayangi aku. Alhamdulillah. 


Halilah binti Hassan, dalam ingatan. Al-Fatihah